Siapakah Team Valor, Instinct dan Mystic dalam Pokemon GO

0

Sana sini orang sebut tentang Pokemon GO. Kemudian timbul pulak nama-nama Team untuk permainan tersebut. Apakah itu Team Valor, Team Instinct dan Team Mystic?

Apabila tiba di Level 5 Pokemon GO, pemain akan diminta memilih 1 daripada 3 Team ini. Pilihan yang pemain ambil adalah muktamad dan tidak boleh diubah sepanjang permainan.

Apakah Team/Faction ini?

Team yang anda pilih memainkan peranan penting sepanjang kareer anda sebagai Pokemon Trainer. Anda akan berada di Team yang sama selama mana anda main Pokemon GO. Ia akan mempengaruhi aktiviti anda di dalam permainan.

Sebagai contoh, jika pemain telah memilih Team  :

  • 2 Team lain adalah musuh dan pesaing.
  • Boleh Train di Gym yang dimiliki Team anda sahaja.
  • Boleh Battle di Gym yang dimiliki Team musuh sahaja.
  • Tidak boleh Battle dengan rakan Team yang sama.

Yang mana perlu saya pilih?

Pertama sekali, cari Team yang rakan-rakan anda paling ramai sertai. Jadi anda bersama rakan boleh bekerja sama untuk majukan kareer. Anda dan rakan anda tidak boleh Battle dan bertarung untuk menawan Gym.

Pilihan team pokemon go

Pemain juga disarankan untuk melihat Map Pokemon GO, buat pemerhatian di kawasan terdekat yang akan selalu anda pergi, Team yang manakah banyak menguasai Gym di kawasan tersebut. Contohnya jika merah bermakna Gym tersebut ditawan Team Valor. Anda boleh pilih Team yang sudah hebat besar di kawasan tersebut atau pilih Team yang paling kurang untuk melawan dan tewaskan Team tersebut.

Facebook group, forum, dan social media lain juga memainkan peranan dalam menentukan Team yang mana kuat di satu tempat. Cuba buat carian jika kawasan anda sudah ada komuniti Team tertentu.

Dan akhir sekali, ada yang memilih Team berdasarkan warna kesukaan, maskot pilihan dan mungkin juga berdasarkan Pokemon yang diminati semasa kanak-kanak dahulu.

Baca lagi tentang Team di sini.

Sertai Forum Pokemon GO Malaysia di sini.

Comments

comments

About Author

Full-time coder. Part-time trainer. (yes. pokemon trainer of course.)