Pokemon GO dah kurang best ?

0

Pokemon GO adalah permainan telefon pintar yang ditunggu-tunggu tahun ini. Ia dibuka untuk muat-turun di beberapa negara secara berperingkat. Individu-individu di negara yang masih belum available sangat ternanti-nanti. Pelbagai khabar angin muncul berkenaan tarikh sebenar Pokemon GO akan tiba di negara masing-masing. Kami juga ada kongsikan artikel seperti ini.

Ramai juga yang sudah mula menunjukkan kurang minat terhadap permainan ini kerana mengambil masa terlalu lama untuk available. Jarak masa release antara negara sangat jauh sehingga berminggu-minggu. Ini membawa kepada kesan negatif terhadap pemain yang belum dapat mencuba Pokemon GO :

1. Pemain lain sudah di level terlalu tinggi.
Negara-negara yang menerima Pokemon GO paling awal dapat menaikkan level paling cepat. Ini mengurangkan competitive spirit atau semangat untuk bersaing pemain di negara lain yang belum menerima Pokemon GO.

Cuba bayangkan program Charity Run. Michael(US) mula pada pagi, sampai ke garisan penamat tengah hari, Rahman(Malaysia) mula pada petang, malam baru tamat. Dua-dua hebat kan? Tapi Michael lebih menonjol sebab dia tamatkan larian dulu. Rahman akan rasa kurang bersemangat. Kenapa? Sebab Rahman tak ikhlas buat larian chairity la.hahaha 🙂

 

2. Facebook, Twitter dan IG kita akan kena booo hooo.
Katakan Malaysia menerima Pokemon GO minggu depan. Dan rakyat Malaysia mula Share status masing-masing,

  • ‘Awesome…dapat Charmander.’
  • ‘This Gym is mine.’ (CP400?!)
  • ‘I found a way to catch Pikachu as starter. PM me for the trick.

Orang-orang di negara yang dah lama bermain Pokemon GO akan ber-huhuhu sambil screenshot status kita. Dan rakan-rakan kita yang ‘self proclaimed hacker‘ yang dah main menggunakan fake gps pun komen dengan screenshot level dia yang tinggi tu.

3. No Thrill. Sudah tiada surprise.
Semua orang nak buat video. Semua orang nak Share video Pokemon GO ke Youtube dan Facebook. Semua pokemon dah tahu. Semua ‘cheat’ dah tahu. Semua trick dah kantoi. Dan semua lubang-lubang cheat sudah di patch oleh pengeluar Pokemon GO. Pemain yang belum dapat main pula betul-betul ingin tahu tentang Pokemon Go lalu tonton video tersebut. Lama kelamaan individu yang belum cuba juga dah tiada rasa curious tentang permainan tersebut jadi sudah tidak minat seperti mula-mula dulu.

Tetapi. Jangan patah semangat.
Gotta catch em all, right?

Kemungkinan pengeluar permainan ini, Niantic, akan menambah features baru dan juga membina trick rahsia lagi untuk membuatkan pemain lain terus berminat. Mungkin. Yang penting, cepat-cepat la release ke negara-negara lain.

Comments

comments

About Author

Full-time coder. Part-time trainer. (yes. pokemon trainer of course.)