PokeCoins percuma, Tangkap Pokemon bersama Maxis dan Grab

0

Belum pun lagi dilancarkan di Malaysia, aura Pokemon GO sudah dirasai. Terkini, syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad bekerjasama dengan syarikat pengendali pengangkutan, Grab, menawarkan pakej khas yang dinamakan ‘Pokemon Go, Grab Malaysia + Hotlink‘.

Setakat ini empat PokeMobile edisi terhad untuk memburu Pokemon diumumkan oleh Maxis dan Grab.

Sebaik saja Pokemon Go dilancarkan di Malaysia nanti, pengguna boleh menempah perjalanan percuma ke PokeStop terdekat dengan memilih butang PokeMobile dalam aplikasi Grab mereka.

Khidmat yang ditawarkan pada dua hari pertama selepas Pokemon Go dilancarkan itu turut merangkumi minuman ringan, beg hadiah, PokeChargers Hotlink dan tablet khas lengkap data dengan Hotlink Fast 4G.

Pokemon Go, Grab Malaysia + Hotlink yang turut dinamakan sebagai PokeMobile itu turut membantu semua pemain yang ingin mencapai tahap Pokemon Master (pelanggan Hotlink) mendapat kelebihan tambahan iaitu AS$100 (RM402) percuma dalam bentuk PokeCoins melalui Hotlink Cash Online.

Sumber artikel/imej : Harian Metro

Comments

comments

About Author

Full-time coder. Part-time trainer. (yes. pokemon trainer of course.)