Pikachu sebagai Pokemon pertama di Pokemon GO

0

Gunakan panduan ini untuk menangkap Pikachu sebagai Pokemon permulaan anda di Pokemon GO. Dengan langkah biasa trainers hanya dapat memilih satu daripada 3 iaitu Bulbasaur, Charmander, atau Squirtle.

Pada permulaan permainan Pokemon GO, anda perlu pilih 1 daripada 3 Pokemon permulaan. Tetapi satu cara telah dijumpai untuk mendapatkan Pikachu sebagai Pokemon permulaan.

pikachu pokemon go
Cara-cara menangkap Pikachu :

  1. Apabila mula-mula anda membuka Pokemon GO, anda perlu memilih salah satu daripada 3 pokemon, Bulbasaur, Charmander, atau Squirtle.
  2. JANGAN pilih mana-mana Pokemon, terus jalan tinggalkan ketiga-tiga Pokemon tersebut. Apabila agak jauh, semua pokemon tersebut akan muncul semula berdekatan anda.
  3. Ulang langkah ini untuk 3 kali. Jalan tinggalkan ketiga-tiga Pokemon tersebut.
  4. Apabila kali ke 4 Pokemon tersebut muncul bersama Pokemon ke 4 iaitu Pikachu.
    Sentuh Pikachu dan campakkan Pokeball anda untuk menangkapnya.

Jika anda belum mempunyai permainan Pokemon GO, sila dapatkannya di sini :
Download (Android)

Sumber : Forum

Comments

comments

About Author

Full-time coder. Part-time trainer. (yes. pokemon trainer of course.)