Niantic Uji Sistem “Nearby” Baharu

0

Hari keempat Pokemon Go dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan demam memberu Pokemon Go semakin menular. Namun begitu, walaupun sudah dua bulan dilancarkan di luar negara, sistem “Nearby” yang menjadi panduan pemain mencari Pokemon masih lagi rosak. Hari ini, pada versi 0.33.0, mereka telah membawakan beberapa pembaharuan.

Misalnya, fungsi “Nearby” telah ditukar kepada “Sightings”. Jika sebelum ini jarak Pokemon dengan pemain diukur dengan jumlah tapak kaki, ia telah dibuang sama sekali. Sebaliknya hanya gambar Pokemon dengan latar belakang rumput diberikan. Ia menjadikan proses mencari Pokemon kini sepenuhnya secara kebetulan, tanpa apa-apa mekanisme yang boleh pemain manfaatkan.

160809-sistem sightings

Sistem Sightings yang baharu

  Selain daripada sistem “Sighting”, berikut adalah antara pembaharuan yang anda terima pada ver. 0.33.0

  • Kejituan bola lengkung dipertingkat.
  • Bug berkaitan tambahan EXP yang diterima daripada lontaran “Nice”, “Great, dan “Excellent” dibaiki.
  • Pemain boleh menukar nama mereka (SEKALI SAHAJA).
  • Mode “Battery Save” muncul semula.
  • Visual ketua Pasukan diperkenal – Candela, Blance, dan Spark.
160809-butang transfer dan amaran kelajuan pokemongo

Butang transfer telah dialihkan dan pemain menerima amaran jika bergerak terlalu laju

Sistem “Sightings” yang digunakan masa ini masih lagi dalam fasa ujian. Niantic memaklumkan anda mungkin akan melihat perubahan pada UI pada masa akan datang.

Muat turun Pokemon Go untuk Android (apk), dan iOS.

Comments

comments

About Author