Jerman Jadi Pintu Masuk Pokémon Go Eropah Dan Kini Menyokong Cip Intel

0

Sebelum ini, Pokémon Go hanya boleh dimainkan secara rasmi di A.S, New Zealand, dan Australia. Negara matahari terbit yang merupakan tanah kelahairan Pokémon pun tidak berpeluang memainkannya. Hari ini, Jerman secara rasmi menerima demam Pokémon Go, lantas menjadi negara Eropah yang pertama dikunjungi Pikachu.

Berita baik untuk pengguna peranti dengan cip Intel, bermula versi 0.29.2, Pokémon Go boleh dipasang di peranti anda! Ianya disahihkan oleh beberapa rakan kita di luar sana. Pengguna Android, jika anda tidak mahu menunggu giliran untuk memuat turun permianan ini apabila dilancarkan kelak, anda boleh memuat turun fail pemasangannya dalam format .APK untuk dipasang secara manual.

Dapatkan fail pemasangan Pokémon Go di laman APK Mirror.

[sumber]

Comments

comments

About Author